Blog ini adalah dikhususkan untuk memaparkan laporan-laporan kes Mahkamah Syariah yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah. Tujuannya adalah tidak lain untuk memperkayakan khazanah ilmu peradilan di Malaysia terutamanya yang melibatkan kes-kes Syariah. Banyak diperkatakan tentang kepincangan Mahkamah Syariah sehingga hari ini, maka blog ini adalah ruangan yang sesuai untuk dijadikan pentas perbincangan. Sayugia dimaklumkan kes-kes yang dipaparkan disini adalah kes yang telah diputuskan di Mahkamah dan ianya bebas dibincangkan secara akademik. Bagi kes-kes yang sedang dalam perbicaraan atau dalam proses perbicaraan termasuk rayuan, adalah disarankan tidak disentuh perbincangan dalam ruangan ini bagi mengelakkan berlakunya komen yang tidak sepatutnya.
Seperti yang disebut sebelum ini, ruangan ini hanya untuk membincangkan kes-kes yang telah diputuskan secara akademik bagi menambah baik dan meningkatkan lagi mutu keadilan di negara kita. Disamping itu, tidak terdapat banyak jurnal syariah yang melaporkan kes-kes dipasaran, dan jika ada pun adalah terhad dan khusus kepada pengamal undang-undang sahaja. Maka ruangan ini adalah medan yang terbaik untuk kita kemukakan segala isu undang-undang yang berbangkit terutamanya isu syariah berdasarkan kes yang telah diputuskan. Semua lapisan masyarakat sama ada terdiri dari pelbagaai bidang seperti akademik, profesional, orang awam dan pelajar boleh mengambil peluang dari ruangan blog ini.
Wassalam, Syariah menegakkan keadilan.
No comments:
Post a Comment